perut luka kerana terkena api



LAPAN premis berusia 70 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Alang Iskandar, Lenggong, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, api marak dengan cepat berikutan struktur kedai dibina daripada kayu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lapan premis itu membabitkan kedai tayar, barangan pertanian, restoran, jahitan, gunting rambut, kediaman dan rumah sewa.

Penghuni, Cheng Yip Chiew, 63, cedera di perut apabila terkena kayu ketika bergegas turun dari tingkat atas rumahnya.

Dia berkata, dia terhidu asap sebelum melihat api pada siling rumahnya dan kemudian menjerit memanggil abangnya, Cheng Wow Chiew, 64, supaya menyelamatkan diri.

“Saya melompat turun tangga dan terkena kayu menyebabkan cedera di perut. Kami turut menjerit mengejutkan penghuni lain yang sedang nyenyak tidur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Mohd Anuar Mohd Saff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1 pagi.

"Pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua jentera termasuk bantuan jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 2 pagi tadi. Bagaimanapun, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Nur Sajat Bukti kan dia Perempuan Original

Peminat mus may dari sabah datang ke KL untuk urut kaki mus may di hospital

Trafik di salah kan sebab tak bayar