Posts

Showing posts from July, 2017

Nur Sajat Bukti kan dia Perempuan Original

Image
Akibat berang dengan berbagai spekulasi yang timbul dan geram dengan tuduhan yang sering dilemparkan kepadanya oleh netizen serta ramai pihak yang cuba menunjukkan bukti bahawa kononnya Nur Sajat adalah seorang lelaki, jutawan kosmetik itu akhirnya memuat naik satu rakaman video yang membuktikan bahawa dirinya adalah wanita. Rakaman video yang berdurasi satu minit itu telah dimuat naik oleh Sajat menerusi akaun laman sosial miliknya sebelum dikatakan dibuang setelah beberapa jam selepas itu. Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak yang dipercayai dari kalangan netizen bertindak memuat naik semula di lama YouTube untuk tontonan orang ramai sebagai bukti yang Nur Sajat sememangnya seorang wanita. Menurut laporan Sinar Harian, melalui video berkenaan Nur Sajat dikatakan mahu membersihkan namanya setelah berbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan harapan agar semua orang akan berhenti mempersoalkan tentang jantinanya.

Peminat mus may dari sabah datang ke KL untuk urut kaki mus may di hospital

Image
Saya mari dari Sabah untuk Bantu Mus may Peminat Mus may dari sabah sanggup datang ke KL Demi nak urut tapak kaki mus may supaya agar cepat sembuh seperti biasa. Beliau memberi tahu minat mus may dari kecil lagi dengan lagu-lagu rock mus may sebab itu beliau berminat nak mari ke kl untuk jumpa mus may dan urut kaki nya. Manakala Isteri mus may memberi tahu keadaan mus may sudah boleh jalan sikit-sikit tapi kena pimpin tangan mus may sebab masih pening. Saya mengharap kan semua orang tolong sama-sama mendoakan untuk mus may.

perut luka kerana terkena api

Image
LAPAN premis berusia 70 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Alang Iskandar, Lenggong, tengah malam tadi. Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, api marak dengan cepat berikutan struktur kedai dibina daripada kayu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lapan premis itu membabitkan kedai tayar, barangan pertanian, restoran, jahitan, gunting rambut, kediaman dan rumah sewa. Penghuni, Cheng Yip Chiew, 63, cedera di perut apabila terkena kayu ketika bergegas turun dari tingkat atas rumahnya. Dia berkata, dia terhidu asap sebelum melihat api pada siling rumahnya dan kemudian menjerit memanggil abangnya, Cheng Wow Chiew, 64, supaya menyelamatkan diri. “Saya melompat turun tangga dan terkena kayu menyebabkan cedera di perut. Kami turut menjerit mengejutkan penghuni lain yang sedang nyenyak tidur,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Mohd Anuar Mohd Saff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1 pagi. "Pemadaman dilakukan den

orang jatuh dari tingkat tiga

Image
Seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) maut terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba memanjat memasuki rumahnya selepas tertinggal kunci di kuarters kediaman Penjara Simpang Renggam, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, Muhamad Fahmi Abd Ghani, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham, berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikatakan memanjat tebing belakang rumahnya untuk masuk melalui pintu belakang tetapi hilang imbangan lalu terjatuh. "Beberapa jiran yang menyaksikan kejadian bergegas untuk membantu mangsa namun gagal sebelum menghubungi pasukan perubatan. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Muhamad berkata, mangsa yang berasal dari Muar tinggal seorang diri dan belum berkahwin. Katanya, mayat dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan dikebumikan di k